Friday, April 8, 2011

Mendidik Hati


Add Image
hari ni saya nk cakap pasal HATI ^_^
Add Image
knp?

sbb, saya rase tiap2 hari kita guna hati, setiap jam minit saat detik kita guna hati. macam mana condition hati saya hari ini? sedih? gembira? marah? atau saya xrase ape2 ke, semuanya datang dari hati. bahkan segala ape yg terlintas di fikiran kita juga dtgnya dr hati.

kalau mcm tu setiap hari lah saya akan buat pos
t berkenaan dgn hati

ya, setiap hari ! sbb ape yg bakal saya tulis semuanya dtg dr hati ^_^

semua pun dah sedia maklum bahawasanya hati adalah raja kepada segal
a organ dalam anggota badan kita. maka, 'raja' inilah yg mengawal setiap peri laku kita. kata org, macam mana hati kita, begitulah juga yg ditampilkan oleh luaran.

hati wajar dijaga agar tidak dipenuhi titik2 hitam. ape akan jadi kalau kita keep on doing dosa yg sama walaupun dosa tu sekecil zarah? titik hitam tetap wujud dekat hati kita. maka, kalau terlalu byk titik hitam tu, gelaplah hati kita.

kesannya, sukar utk terima kebenaran, sukar utk menerima ilmu pelajaran, hati tak tenang..

oleh itu, marilah sama sama kita menjaga hati kita agar sentiasa bersih dr segala sifat2 mazmumah yg boleh menyumbang kepada titik2 hitam tersebut.
macam mana caranya ?

didiklah hati kita.

baja lah hati kita dgn sifat2 mahmudah. sifat2 yg Allah suka. sabar, amanah, jujur, ikhlas, rendah diri, dan segala sifat2 yg baik. serta, siramilah hati kita dgn akhlak yg mulia. iA, demi mencapai keredhaan Ilahi.

tidak dapat dinafikan bahawa mmg lah sukar utk istiqamah, namun jika terus dididik hati kita dgn sifat2 ini, iA akan melekat jua suatu hari nnt dgn izin Nya, insyaAllah.

ayuh, mari lah sama2 kita mendidik hati kita demi mengejar syurga Nya yg hakiki ^^

No comments:

Post a Comment